Moo6.r. [MTP] Logo JPC

Berlayarlah PERUBATAN,

Menuju ke pulau sakti,

Tidak kira apa pun jawatan,

Bersama kita menabur bakti.

 

 

Ungkapan alhamdulillah sebagai pujian kehadrat Ilahi kerana hanya dengan izin-Nya JPC pada tahun ini dapat bergerak dengan lancar sehingga ke penghujungnya.Hari Sabtu bertarikh 17 Disember ini menjadi saksi bahawa kami ajk JPC telah berusaha untuk menjalankan amanah yang diberikan untuk menyediakan medium kepada ahli bagi mengundi dan memilih pimpinan PERUBATAN Cawangan sesi 2017/2018

Sebelum mengumumkan keputusan pengundian,suka untuk kami maklumkan statistik dan peratusan ahli yang turun mengundi pada tahun ini:

Jumlah Ahli Matang: 330 orang.

Jumlah Ahli Turun Mengundi: 124 orang.

Peratusan Turun Mengundi:38%

Undi Rosak: 10


 

Berikut merupakan keputusan rasmi pengundian bagi pilihan raya cawangan bagi sesi 2016:

 

Jawatan MTP Ikhwah:

Mohamad Hirzi Hazim Bin Mohd Zahariman

(MENANG TANPA BERTANDING)

 

Jawatan MTP Akhawat:

Nor Faizah Binti Ismail

(MENANG TANPA BERTANDING)

 

Jawatan Pengerusi:

1-Mohamad Firdaus Bin Rasdi

Jumlah Undian :92

Peratusan :78%

2-Umar Izudin Bin Mhd Ramli

Jumlah Undian :26

Peratusan :22%

 

Jawatan Timbalan Pengerusi

Farah Adibah Binti Fakhrul Razi

(MENANG TANPA BERTANDING)

 

Jawatan AJKT Ikhwah:

1-Shafiq Aiman Bin Sharin

(MENANG TANPA BERTANDING)

2-Muhammad Afzan bin Mohd Zakariah

(MENANG TANPA BERTANDING)

3-Ahmed Hannan Bin Hussin

(MENANG TANPA BERTANDING)

4-Mohamad Naqiudin Bin Shamsul Rizal

(MENANG TANPA BERTANDING)

5-Khayrul Rizal Bin Jasrizal

(MENANG TANPA BERTANDING)

 

Jawatan AJKT Akhawat:

1-Liyana Binti Rosli

Jumlah Undian:71

Peratusan:100%

2-Noor Liyana Binti Mohd Isa

Jumlah undian:68

Peratusan:96%

3-Nur Ellia Aida Binti Munawwir

Jumlah Undian:68

Peratusan:96%

4-Siti Nor Sarah Binti Hanipah

Jumlah Undian:66

Peratusan:93%

5-Siti Nur Jannah Binti Osman

Jumlah Undian:65

Peratusan:92%

6-Nurul As-Syifa’ Binti Mohd Fuad

Jumlah Undian:64

Peratusan:90%

7-Farah Afiqah Binti Azmi

Jumlah Undian:60

Peratusan:85%

8-Intan Zahureen Binti Hazuki

Jumlah Undian:35

Peratusan:49%


 

Maka dengan ini maka secara rasminya saudari Intan Zahureen Binti Hazuki telah tewas dalam perebutan kerusi AJKT akhawat dengan undian sebanyak 35 undi manakala bagi kerusi AJKT ikhwah pula,kesemua calon menang tanpa bertanding.

Bagi calon kerusi pengerusi pula,saudara Mohamad Firdaus Bin Rasdi telah mendapat 92 undi seterusnya mengatasi pesaing beliau iaitu saudara Umar Izudin Bin Mhd Ramli yang mendapat 26 undi.Dengan rasminya,kami mengumumkan bahawasa saudara Mohamad Firdaus Bin Rasdi akan menyandang jawatan Pengerusi PERUBATAN Cawangan  bagi sesi 2017/2018.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua calon yang telah menang,semoga anda semua dapat berbakti dan menunaikan amanah yang telah diberikan daripada para pengundi.Bagi yang tewas,semoga terus bersemangat dan istiqamah untuk membantu PERUBATAN Cawangan untuk menabur bakti kepada komuniti kita di bumi kuda putih ini.

Akhir kata,terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah membantu dan menyumbang tenaga,idea dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ajk JPC.Seribu kemaafan dipinta jika terdapat seribu satu kekurangan daripada pihak kami.Ayuh,terus bersemangat untuk berlayar bersama nakhoda baru PERUBATAN Cawangan 2017/2018.Berlayarlah PERUBATAN!