بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak ada gerak kerja Islam di dunia ini yang boleh tercapai tanpa kepimpinan. Manusia diciptakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi melaksanakan gerak kerja yang mulia ini. Namun, untuk mengatur dan mengurus hubungan antara manusia maka diperlukan pemimpin yang dapat memikul tanggungjawab, membimbing dan memandu pekerjaan itu agar dapat mencapai sasarannya.
Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Ibnu Taimiyah menjelaskan bahawa, “Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak bernilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan dan ketika berkumpul, mereka harus mempunyai pemimpin.”
PENGEKALAN SISTEM PENCALONAN
Selaras dengan penyataan di atas, saya telah dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Zagazig sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Zagazig untuk mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi tiga kekosongan kerusi di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).
JPC akan melaksanakan sistem pencalonan sebagaimana yang telah diamalkan tahun-tahun sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Bermula dengan fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan dan akhirnya fasa pengundian.
TAKWIM PILIHANRAYA KECIL CAWANGAN ZAGAZIG 2017
Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Zagazig telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pilihanraya cawangan di Zagazig. Berikut merupakan jalur masa Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) :
Perkara | Tarikh |
Jualan Borang Pencalonan | 24 Mac 2017 – 25 Mac 2017 |
Hari Pencalonan | 25 Mac 2017 |
Pengumuman Senarai Calon Fasa I | 26 Mac 2017 |
Tempoh Bantahan | 26 Mac 2017 – 28 Mac 2017 |
Hari Pengundian Zagazig | 30 Mac 2017 |
Pengumuman Keputusan | 31 Mac 2017 |
SERUAN KEPADA SELURUH WARGA ZAGAZIG
Hakikatnya, kehidupan ini adalah saling memerlukan. Pimpinan memerlukan ahli – ahli yang menyokong mereka sepertimana setiap ahli memerlukan pimpinan bagi mengatur dan menguruskan setiap urusan dalam kehidupan.
Akhir kata, besarlah harapan kami di peringkat JPC agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang padu bagi menjayakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) yang akan berlangsung nanti.
“Berkat, Telus, Cekap”
Yang menjalankan amanah,
MUHAMMAD AFZAN BIN JALALOL SAYUTI
Pengarah, Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Zagazig,
PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ).
Leave A Comment