Keputusan Pilihanraya Kecil PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017

//Keputusan Pilihanraya Kecil PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017
­

Keputusan Pilihanraya Kecil PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi syukur dan segala puji bagi Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita telah diberi peluang untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil pada 23 Mac yang lalu bagi mengisi tiga kekosongan kerusi di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) sesi 2017/2018.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Cawangan Zagazig bagi tiga buah kerusi yang dipertandingkan.Dua buah kerusi telah dipenuhi oleh dua orang calon ikhwah dan telah melalui fasa I dan II tanpa sebarang bantahan, maka secara rasminya kesemua calon ikhwah yang bertanding bagi kerusi-kerusi tersebut diumumkan menang tanpa bertanding.

Berikut merupakan dua orang AJKT PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2017/2018 yang baru:

AJK TERTINGGI (IKHWAH) PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG 17/18 :

NAMA PENGAJIAN
Muhammad Syafiq Afifi Bin Mohd Nasir TAHUN 4 PERUBATAN
Muhammad Aizuddin Bin Razak TAHUN 4 PERUBATAN

 

JPC ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ) yang bersama-sama melancarkan pergerakan PRK serta seluruh ahli PCZ yang turut memberi sokongan. Ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan yang baru.

Akhir kata, semoga pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) ini dapat menerima amanah dengan penuh bersedia dan seikhlas-ikhlasnya demi meneruskan rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan Rasulullah saw. Besarlah harapan kami sebagai warga PCZ untuk melihat pimpinan PCZ dapat menjalankan tugasan dengan penuh bersemangat dan bertanggungjawab. Selamat bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) khususnya dan berbakti kepada ahli PCZ secara amnya.

سيروا على بركة الله

“Berkat, Telus dan Cekap”

Yang menjalankan amanah,

Pengarah,
Pilihan Raya Kecil
PERUBATAN Cawangan Zagazig 2017/2018

By |April 1st, 2017|JPC2017|0 Comments

Leave A Comment