بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah, Yang Maha Bijaksana, Maha Perkasa dan Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan seterusnya ke atas penerus ajaran Baginda SAW.

Pemilihan barisan pimpinan merupakan asas yang perlu wujud dalam suatu kumpulan/kelompok, samada melalui pemilihan khas, ataupun pemilihan secara tidak langsung di mana individu tersebut mempunyai kemampuan atau pengalaman dalam memimpin, maka perkara ini perlu wujud untuk menguruskan komuniti yang ada.

Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Zagazig 2017 adalah sebuah badan bebas yang bernaung di bawah PERUBATAN bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan kepimpinan komuniti ini, iaitu pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) sesi 2018/2019, supaya berjalan lancar dan selari dengan konsep demokrasi yang dibenarkan Islam.

Perubahan kendalian pencalonan MTP
Pada kali ini, pemilihan pencalonan MTP 2018/2019 akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dan bukan di bawah JPC Zagazig.

Pengumuman Tarikh Penting

Untuk makluman, rangka utama perjalanan pilihan raya di kesemua cawangan akan berlangsung dan diselaraskan berdasarkan tarikh-tarikh yang berikut:

Penjualan Borang Pencalonan MTP: 27 November – 1 Disember 2017
Hari Pencalonan MTP: 1 Disember
Penjualan Borang AJKT: 1 – 8 Disember 2017
Pengumuman Senarai Calon MTP (Fasa I): 2 Disember
Tempoh Kempen dan Bantahan Calon MTP (2 Minggu): 2 -14 Disember
Hari Pencalonan AJKT: 8 Disember
Pengumuman Senarai Calon AJKT (Fasa I): 9 Disember
Tempoh Kempen dan Bantahan Calon AJKT (6 Hari): 9 – 14 Disember
Pengumuman Senarai Calon MTP dan Calon AJKT (Fasa II): 13 Disember
Hari Pengundian: 16 Disember
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya: 17 Disember

Untuk makluman, jalur masa Pilihanraya PERUBATAN Presiden sesi 2018/2019 akan dikeluarkan sebaik sahaja selesainya Pilihanraya PERUBATAN Cawangan sesi 2018/2019.

Seruan kepada Ahli

Pilihan raya merupakan medium kepada ahli untuk melantik pimpinan. Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini.

Kuasa pilihan di tangan anda. Sentiasalah amanah dalam mengendalikannya. Setiap perkembangan sepanjang pilihan raya, ahli boleh mengikutinya melalui blog JPC dan page PCZ.

Wallahu taala a’lam.

#JOMPANGKAH

“Berkat, Telus dan Cekap”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Zukhruful Amzar bin Jamnul Azhar,
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya (JPC) Zagazig 2017.