Alhamdulillah,segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan kurnia-Nya.Dalam fatrah pilihanraya yang cukup rancak ini,tanpa disedari beberapa fasa penting telah dilewati.

Bermula dengan sesi Penjualan Borang,Hari Pencalonan,Pengumuman Senarai Fasa 1 dan Malam Pengenalan Calon yang berlangsung semalam,kini tibalah saatnya yang cukup mendebarkan bagi kita semua khususnya pencadang,penyokong dan calon untuk mengetahui siapakah yang tersenarai di dalam saringan Calon Fasa 2.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan rendah hati,saya selaku Pengarah JPC Zagazig 2017 mengumumkan nama-nama yang tersenarai di dalam calon fasa 2 ini adalah seperti berikut:

SENARAI CALON AJKT ZAGAZIG

CALON PENGERUSI:
( MENANG TANPA BERTANDING )

Calon 1:
Mohamad Firdaus bin Rasdi

TAHUN: 5 Perubatan

PENCADANG: Mohamad Hirzi Hazim bin Mohd Zahariman

PENYOKONG: Mohamad Izzat Syahiran bin Ismail

MANIFESTO–
Membentuk Ahli Untuk Menjadi Mahasiswa Kelas Pertama Melalui Elemen :-

1-Pembangunan diri dari aspek rohani dan kemahiran.

2-Membudayakan suasana ilmu.

3-Memperkasakan kesatuan dalam kalangan ahli.

CALON AJKT IKHWAH
( MENANG TANPA BERTANDING )

Calon 2:
Shafiq Aiman bin Sharin

TAHUN: 5 Perubatan

PENCADANG: Fazlan Shah bin Henny Shahril

PENYOKONG: Munzir bin Hassan

MANIFESTO-Extending The Horizon of Critical Thinking Among Students Through Relevent,Systematic and Shariah-based Implementations.

Calon 3:
Muhammad Syafiq Afifi bin Mohd Nasir

TAHUN: 5 Perubatan

PENCADANG: Muhammad Zaim Bin Sharifuddin

PENYOKONG: Hariz bin Halim

MANIFESTO- Melestarikan Ilmu Dan Kesatuan Dalam Melahirkan Mahasiswa Berdaya Saing.

Calon 4:
Muhammad Afzan bin Mohd Zakariah

TAHUN: 4 Perubatan

PENCADANG: Shukri Muslim Maulana bin Mahamad Anuar

PENYOKONG: Umar Izudin b Mhd Ramli

MANIFESTO– Mengoptimumkan Pengurusan Gerak Kerja PCZ melalui PROF dan RnD serta Menyuburkan Kesatuan Dengan Pemerkasaan MKB.

Calon 5:
Ahmed Hannan bin Mohamed Hussin

TAHUN: 3 Perubatan

PENCADANG: Abrar bin Wahidan

PENYOKONG: Mohamad Naqiudin bin Shamsul Rizal

MANIFESTO–

1:-Ke Arah Zagazig Sifar Kegagalan.

2:-Meningkatkan Integrasi & Asimilasi Antara Teori & Klinikal Melalui :

a) Memperkasakan ZMT.
b) Meningkatkan SGD.

CALON TIMBALAN PENGERUSI:
( MENANG TANPA BERTANDING )

Calon 6:
Siti Nur Jannah binti Osman

TAHUN: 4 Perubatan

PENCADANG : Madihah binti Mt Husin @ Mat Husain

PENYOKONG : Nurul Amelia binti Shafie

MANIFESTO– Meningkatkan Kecaknaan Mahasiswa Zagazig Tentang Kepentingan Hidup Bermasyarakat melalui 3P:

1) Pemantapan Kesedaran Kesatuan Dalam Kalangan Ahli.

2) Pengukuhan Fungsi UBM dan JAKSI Serta Medium Lain Untuk Menghidupkan Biah solehah

3) Pemerkasaan Kecemerlangan Akademik Melalui Pembudayaan Ilmu Dalam Usaha Melahirkan Mahasiswa Sains Kesihatan Yang Kompeten.

CALON AJKT AKHAWAT
( MENANG TANPA BERTANDING )

Calon 7:
Sumaiyah Najihah binti Mohd Zaini

TAHUN: 3 Perubatan

PENCADANG : Nafisah binti Jamalludin

PENYOKONG : Nabillah binti Saidi

MANIFESTO-Melestarikan PCZ Sebagai Wadah Tarbiah Bagi Meningkatkan Biah Solehah Dalam Kalangan Ahli.

Calon 8:
Farah Adibah binti Fakhrul Razi

TAHUN:5 Perubatan

PENCADANG : Qurratu ‘Aini Athirah binti Mohd A’azmi

PENYOKONG : Aisyah Adila binti Shamsul Anuar

MANIFESTO-Empowering PCZ As A Pragmatic Approach Towards Developing Excellent Professionals.

Calon 9:
Nur Ellia Aida binti Munawwir

TAHUN: 3 Perubatan

PENCADANG : Nurzarin Farah Wahida binti Maulani

PENYOKONG : Nur Hidayah binti Abdul Karim

MANIFESTO-Memanifestasikan Kemaslahatan Melalui Kebersamaan Ke Arah Pembentukan Komuniti Sains Kesihatan Yang Mahabbah.

Calon 10:
Nurul as-Syifa’ binti Mohd Fuad

TAHUN:3 Farmasi

PENCADANG : Nur Hannan Syazwanie binti Mohd Nor Shokri

PENYOKONG : Noor Liyana binti Mohd Isa

MANIFESTO-Mengoptimumkan PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG (pemimpin dan ahli) Sebagai Platform Aspirasi Ke Arah Pembentukan Individu Muslim Yang Berkarisma.

Dengan ini,secara konklusinya semua calon bagi kategori Calon Pengerusi,Timbalan Pengerusi,AJKT ikhwah dan AJKT akhawat,kesemuanya MENANG TANPA BERTANDING.

Dan dengan ini juga diumumkan,TIADA PENGUNDIAN bagi AJKT PCZ bagi sesi ini.
Adapun untuk pengundian di peringkat MTP,akan diumumkan setelah keluar Senarai Fasa 2 dari JPP.Peringkat JPC akan terus menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa.

Tahniah dan takziah kepada semua calon yang tersenarai.

Melangkahlah dengan membawa amanah ini dengan penuh hikmah.Tergalas jawatan ini bukanlah suatu kebanggan semata-mata namun disebaliknya,ada suara yang perlu dibawa dan ada insan-insan yang kebajikan mereka perlu diambil cakna.
Dan kita sebagai ahli,teruskan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.

Akhir kata,
Seeru ‘ala barakatillah.

#JOMPANGKAH

#JPC2017

#PERUBATANKelasPertama

“Berkat, Telus dan Cekap”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Yang Menjalankan Tugas,

Muhammad Azhad Bin Borhan

PENGARAH,

JAWATANKUASA PILIHANRAYA PERUBATAN CAWANGAN (JPC) ZAGAZIG 2017.