Blog

­

Syarat-Syarat Bantahan

Tempoh bantahan adalah selepas nama-nama calon diumumkan.

1. Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan atau syarat-syarat kempen.

2. Setiap individu yang ingin membuat bantahan terhadap calon perlulah membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan di hadapan pegawai JPP/JPC.

3. Borang bantahan boleh dibeli daripada pegawai JPP/JPC dengan […]

By |November 12th, 2015|SYARAT|0 Comments

Syarat-Syarat Berkempen

1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan lain selain daripada PERUBATAN.

2. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.

3. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa atau mahasiswi.

4. Poster bercetak adalah dibenarkan dengan syarat:

a. Salinan hendaklah dihantar kepada JPP terlebih dahulu untuk semakan
b. Hendaklah bercop PERUBATAN
c. […]

By |November 12th, 2015|SYARAT|0 Comments

Syarat-Syarat Pencalonan

Syarat-Syarat Pencalonan

Sila baca syarat-syarat pencalonan dibawah sebelum anda mengisi borang pencalonan.

1. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.

2. Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum […]

By |November 12th, 2015|SYARAT|0 Comments

Etika Poster Kempen Pilihan Raya PERUBATAN

Umum

Gambar yang dipamerkan WAJIB menutup aurat dan menunjukkan kesopanan para calon.
Gambar yang dipamerkan hendaklah dalam keadaan yang formal.
Keseluruhan poster hendaklah melambangkan sikap profesional para calon.

Khusus (Akhawat)

Bagi calon akhawat yang memakai purdah, adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menanggalkannya bagi gambar yang akan dipamerkan kepada umum.
Elakkan daripada menggunakan saiz gambar yang terlalu besar.

By |November 12th, 2015|ETIKA|0 Comments

Etika Umum

Hari Pencalonan

Calon, pencadang dan penyokong mestilah berpakaian kemas dan menutup aurat.
Calon, pencadang dan penyokong hendaklah menepati masa mencalon yang telah ditetapkan.
Calon, pencadang dan penyokong hendaklah menghormati serta mematuhi arahan Pegawai JPP & JPC.

Kempen/ Bantahan

Kempen/ Bantahan hendaklah dikendalikan dengan bijaksana dan bukan atas pertimbangan emosi semata-mata.
Dilarang memfitnah atau memburuk-burukkan mana-mana pihak atau calon.
Semua pihak hendaklah menjaga […]

By |November 12th, 2015|ETIKA|0 Comments